mujahidah solehah

mujahidah solehah
~hidup mulia,mati syahid!! TAKBiR!! ~~Allahuakhbar.. ^^

musim bunga ^_^

mulakan dngan bismillah..dan..

Wednesday 2 May 2012

ERAT '12 - Sebiru Hari Ini



bismillah. assalamualaikum..ni e adalah lgu tema ERAT 2012.. yg tlah b'lngsung pd 25--->27/4/2012
besttt sngat! alhamdulillah.. jom nyanyi sama2.. lgu nie juga ana tujukn pd sahabt2 ana..iaitu antum! ^^v
jom hayati sesama..


Sebiru hari ini, birunya bagai langit terang benderang
Sebiru hati kita, bersama di sini

Seindah hari ini, indahnya bak permadani taman surga
Seindah hati kita, walau kita kan terpisah


reff:
Bukankah hati kita telah lama menyatu
Dalam tali kisah persahabatan ilahi
Pegang erat tangan kita terakhir kalinya
Hapus air mata meski kita kan terpisah
Selamat jalan teman
Tetaplah berjuang
Semoga kita bertemu kembali
Kenang masa indah kita
Sebiru hari ini


Seindah hari ini, indahnya bak permadani taman surga
Seindah hati kita, walau kita kan terpisah

intro

reff 2x

Seindah hari ini, indahnya bak permadani taman surga
Seindah hati kita, walau kita kan terpisah

Thursday 19 April 2012

LUAHAN HATI SEORANG SUAMI YANG MEMBUATKAN KITA MENGALIRKAN AIRMATA

LUAHAN HATI SEORANG SUAMI yang saya terserempak kat Facebook...yang membuatkan saya secara tiba2 mahu menangis..

ISTERI YANG TERBAIK....
SETIAP SUAMI MESTI BACA !!!!!!!!!!!!

**********************************************************************************

Assalamualaikum….

Kehadapan ustaz yg saya hormati…saya tidak tahu..di mana ingin saya mulakan bicara ini… tetapi saya mesti menceritakn kisah ini pada ustaz supaya hati saya tenang dan mungkin dapat meredakan rasa berdosa saya selama ini…ustaz mungkin tidak kenal saya namun saya mengenali ustaz..tak mengapalah kalau ustaz tak kenal saya pun….

Ustaz saya merupakan seorang lelaki yang mempunyai memori kehidupan lampau yg cukup menyedihkan.harap ustaz tidak bosan mendengarnya..

Saya merupakan seorang suami kepada seorang isteri yg amat baik dan setia.namun ustaz..,saya tidak pernah menghargai kasih dan sayangnya yang dicurahkan kepada saya kerana pada waktu itu mata hati saya terlalu buta untuk membezakan yang mana kaca dan permata.

Ustaz saya telah berkahwin dengan seorang wanita yang pada asalnya tidak saya cintai.dia seorang yang sederhana pada segi paras rupanya.,seorang yang tidak pandai bergaya.,tetapi kuat pegangan agamanya..,bertudung labuh,bersopan santun..,baik budi bahasanya.,Untuk pengetahuan ustaz perkahwinan kami ini segala-galanya diaturkan oleh keluarga dalam keadaan saya masih belum bersedia.

Ustaz terus terang saya katakan yang saya sudahpun mempunyai teman wanita yg jauh lebih cantik daripada isteri saya dan kami amat menyintai antara satu sama lain..cumanya saya akui teman wanita saya ini agak sosial sedikit dan tidak menutup aurat.Ustaz, selepas berkahwin dengan isteri saya itu jiwa saya menjadi kacau dan keliru.saya amat marah kepada isteri saya.kerana pada anggapan saya kerana dialah saya tidak dapat bersama kekasih saya yg amat saya cintai itu.

Ustaz sepanjang kehidupan kami.,saya selalu sahaja mencari jalan untuk menyakitkan hatinya.dengan harapan kami akan bercerai setelah dia tak tahan dengan kerenah saya.,namun rupanya ustaz…isteri saya ini adalah wanita yang penyabar.pernah saya tidak balik ke rumah..dengan tujuan isteri saya akan membenci saya.tetapi selama mana lambat sekalipun saya balik.,dia akan tunggu saya dan bila saya masuk ke dalam rumah.dia menyambutnya dengan mesra dan bertanya:“Abang dah makan…? Nak saya panaskan lauk dan hidangkan makanan?”

Ustaz…pernah suatu hari saya menampar mukanya.apabila dia bertanya pada saya…”Abang dah solat?...abang tak pernah solat ke? Paannggg..!!satu tamparan kuat saya berikan di pipinya.perasaan geram.,marah., dan rasa terhina bercampur ego yg menggila…Bengkak pipinya., dia menangis terisak-isak.saya ingatkan mungkin dia akan membenci saya..tetapi rupa-rupanya…..dia bersabar dan melayan saya sebagai suaminya.

Ustaz pernah suatu hari.,dia ingin bermanja dengan saya,membawa sepinggan nasi goreng yang digoreng untuk saya.pada masa itu saya sedang berbual mesra dengan kekasih saya di dalam handphone..ketika dia ingin menyuapkan nasi kemulut saya,saya tolak pinggan sehingga jatuh berkecai bersama nasi goreng yang digoreng khas untuk saya., dengan linangan air mata dia mengutip setiap butiran nasi goreng yang berhamburan ke lantai…

Ustaz saya bertambah lupa daratan…saya habiskan masa berhibur dan berlibur dengan kawan-kawan di luar dengan harapan isteri saya akan lebih sakit hati dan meninggalkan saya rupanya dia tetap tabah dan bersabar..pernah juga saya menendang badannya kerana dia menasihati saya supaya tidak mencari hiburan dengan jalan yang dimurkai Allah.

Ustaz….pernah suatu ketika apabila keluarganya datang bertanyakan khabar dia kata dia amat bahagia bersama saya…tapi sebenarnya hanya saya yang tahu dia berbohong.

Ustaz suatu hari saya telah diberikan balasan oleh Allah.dan saya kira itu adalah balasan apabila saya terlibat dengan kemalangan…tulang paha saya patah dan dan sememangnya saya tidak berdaya utk bangun.hampir lima bulan saya terbaring tidak berdaya..,ketika itulah isteri saya menjaga saya dengan setia sekali.berak kencing saya dia tadahkan dia basuhkan tanpa ada rungutan atau perasaan genyi mahupun geli.

Dialah yang memandikan saya…menggosok badan saya dan memakaikan pakaian utk saya..bila saya mengerang sakit kerana kaki yang bengkak di tengah malam berdenyut-denyut sakitnya dialah yang bangun dalam keadaan mengantuk dan terhoyong hayang kerana tidak cukup tidur..dia datang kepada saya dan menyapukan ubat krim dan memberi saya ubat penahan sakit sehingga saya rasa lega dan tertidur..tetapi isteri saya tidak tidur hingga ke pagi.., risau saya mengerang kesakitan lagi.

Ustaz isteri sayalah yang menyuapkan saya makan., dia sendiri tidak akan makan melainkan setelah saya kenyang.dia akan membuatkan makanan dan minuman mengikut kehendak dan selera saya. Bila saya kenangkan kembali.,sewaktu saya terlantar sakit tiada siapa pun dari teman-teman yang setia berjoli dengan saya dahulu datang menghulurkan bantuan apatah lagi melawat.kekasih saya..lagi lah..apabila dapat tahu saya kemalangan dan tidak boleh bangun dia tidak mahu lagi menghubungi saya malah meminta hubungan kami diputuskan..kononnya saya suami orang..huhu..

Sekarang baru dia kata saya suami orang.dulu.,dialah yang menghasut dan memberikan harapan pada saya untuk membenci isteri saya..ketika itu barulah saya sedar betapa besarnya kesilapan dan dosa yang telah saya lakukan.Ustaz…..saya…kasar..kejam dan zalim kepada isteri yg menyayangi saya.besarnya dosa saya.,amat menyesal rasanya.

Ustaz….ketika saya boleh berjalan sedikit demi sedikit dan saya beransur pulih.,isteri saya jatuh sakit.badannya menjadi kurus kering.,tiada selera makan..,terbaring..tak bermaya..kata doktor yang merawatnya isteri saya jadi begitu kerana terlalu letih dan susah hati….hati saya menjadi sebak kerana saya tahu sayalah puncanya.

Ustaz kesihatan isteri saya makin teruk..mukanya makin pucat…tetapi dia tetap senyum.saya menangis sepuas-puasnya memohon ampun dan maaf di atas kejahatan yg pernah saya lakukan terhadapnya.dia hanya tenang dan menjawab dia telah lama maafkan saya….”Abang saya dah lama maafkan abang…saya sayangkan abang”.berderai airmata saya hancur hati saya.,pilu bercampur sebak yang amat sangat diikuti dengan perasaan menyesal.

Ustaz selepas itu isteri saya di masukkan ke dalam wad kecemasan.,saya menjaganya setiap hari.saya belai rambutnya saya kucup dahinya…sambil airmata ini tidak berhenti—henti mengalir.

”Jangan menangis bang….bukan salah abang…..mungkin saya ni yang tidak pandai mengambil hati abang…” Berdentum….seolah-olah hati saya disambar halilintar…saya menangis lagi sehingga keluarga yang datang melawat terpaksa menenangkan saya..malah ada yang memuji saya kerana beranggapan saya suami yang amat menyayangi isteri…ternyata pujian itu bagaikan sumpahan utk saya.

Ustaz…..isteri saya ada berkata.,dia meminta maaf kerana tidak dapat melahirkan zuriat untuk saya kerana masanya utk menghadap ilahi semakin hampir.saya meraung..merayu kepadanya agar tidak meninggalkan saya.tapi katanya.,setiap yang hidup pasti akan mati dan dia meminta saya menjaga diri baik-baik kerana dia tidak boleh lagi menjaga saya.ustaz..saya menangis …sehingga saya menjadi lemah apabila dia mengucapkan kata kata terakhir itu.

Ustaz…tepat jam 3.00 ptg setelah dua minggu berada di hospital…isteri saya telah pergi meninggalkan saya selama-lamanya..dengan bebanan dosa dan jutaan kesalan yang menerjah hati ini saya meraung semahu-mahunya….menyesal di atas kekasaran yg pernah saya lakukan.

Ustaz jiwa saya tak tenteram…apakah Allah akan mengampunkan dosa saya ini...? apakah kekasaran dan kejahatan serta layanan buruk saya kepada isteri akan diampunkan Allah….tolonglah ustaz saya amat menderita…..jiwa saya terseksa…..

Mungkin ini hukuman yang patut saya terima.Masih terngiang di telinga saya pesanan akhir isteri saya..”abang…jagalah diri baik-baik….jangan lupa tunaikan solat..,berbuat baik..,takutlah kepada Allah….dan jika bertemu dengan insan bernama isteri….jangan berkasar dengannya sayangilah dirinya.”

Ustaz sebelum isteri saya menghembuskan nafas terakhir…dia ada meninggalkan satu nota dan sebuah lagu untuk saya dengar dan hayati.lagu itu adalah harapan yang dia impikan dari saya tetapi tidak sempat dia nikmati..kasih sayang yang terkandung dalam lagu itu dia harapkan dari saya….

Di dalam nota itu dia menulis “Abang..dengarlah lagu ini dan ingatlah saya selalu…Dahulu...saya senantiasa menanti abang pulang ke rumah…Saya teringin sangat nak makan bersama abang…..mendengar cerita abang….menyambut abang pulang dari kerja….bergurau dan bermanja dengan abang…..memeluk abang ketika tidur…..tetapi semuanya mungkin tidak sempat bagi saya…jaga diri…sayang abang….selamanya."

Ustaz..saya harap ustaz tak marah saya meluahkan perasaan begini panjang pada ustaz….kerana inilah pesan isteri saya sekiranya saya merasa terlalu sedih…ceritakanlah pada ustaz dia tahulah apa nak buat utk tenangkan abang…

Ustaz….saya harap cerita saya ini dijadikan teladan bagi mereka yg bergelar suami….sayangilah isteri anda….selama mana anda berpeluang utk berbuat begitu…janganlah terjerumus dengan kesilapan yg saya lakukan…pasti anda akan menyesal tak sudah….

Terima kasih ustaz….doakan saya…….

**********************************************************************************

Sedih dan sebak bila baca luahan perasaan hamba Allah ini….memang saya banyak beri ceramah motivasi dan mendengar banyak masalah masyarakat yg dihantar pada saya dan inilah yang paling sedih.yg pernah saya baca… tambahan pula lagu yg telah ditujukan isterinya itu bila dengar bertambah sebak…..dengarkanlah senikatanya…….tapi tak boleh upload lagu tu dibawah copyright..

P/s dr saya: kita cuma akan menghargai sesuatu bila kita dah kehilangannya..hargailah ia sementara masih ada....

Semoga roh isterinya ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman, sungguh berbahagia penduduk langit menyambut kehadiran isteri solehah sepertinya..Semoga si suami itu mendapat ketenangan sakinah yang ia cari selepas ini..amiin ya Rabbi.. :)

AMBIL IKTIBAR, SAYANGI ISTERI2 ANDA..

-ustaz nasir-



Tuesday 10 April 2012

program ERAT 2012 ^_^

bismillahirrahmanirrahim..
ahlan wa sahlan ya marhaban bikum 4 all akhowat wa ikhwah..
khaifahalukum..?? hope always in Allah blessing.. insyaALLAH..
ana just nk kongsikan mklumat nie.. jom ramai2 kte pegi sana..!! insyaALLAh.. ^_^




Eksplorasi Remaja Ambang IPT ( ERAT ) muncul lagi.... kali ini dengan cabaran dan aktiviti yang lebih menggemparkan.. ERAT adalah program Khas untuk lepasan SPM /STPM / STAM.... objektif utama ialah memberi persediaan kepada para pelajar yang bakal menyambung pengajian di peringkat IPT dan sebagainya. Juga berkongsi tentang keadaan dan pengalaman di IPT serta pendedahan berkenaan jurusan / kursus yang dipilih di dalam UPU.....ayuh daftar kan segera ...


Program :
ERAT 2012


Tarikh :
25 - 27 April 2012


Lokasi :
Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin


Masa :
8.30am ( 25 Apr ) - 4.00pm ( 27 apr )


Sasaran :
Lepasan SPM, STPM & STAM
terbuka untuk semua ( UMUM )
( Produce Gen 5 & MHi 2011/12 ... PENTING untuk hadir )

anjuran Bersama :
IKRAMTeens Pusat, IKRAMTeens WP , IKRAM IPT & Masjid Tuanku Mizan zainal Abidin ( JAKIM )


Yuran :
RM 70 sahaja


Daftar kepada :

Kak Ainaa : 013 271 9747



atau emailkan ke :
neena_sagittarius@ymail.com



tarikh tutup pendaftaran ialah pada 18 Apr 2012.... terhad kepada 150 orang peserta sahaja :-)

maklumat lanjut...nantikan makluman seterusnya 





sila ke http://erat2011.blogspot.com/ utk mndpt mklumat sterusnya.. ^_^

“One Small Step in Campus Life,

One Big Leap for Ummah..”



syukran ^_^ insyaALLAh..boleh d sebarkn..moga mndpt mnfaatnya..
wasalam..

Saturday 7 April 2012

feelhoney kisah chenta.wmv

‎~ ♥ ♥ keRaNa KaU biDadaRi ♥ ♥ ~

bismillahirrahmanirrahim..

“Umi, kita dah ‘confirm’ balik 7 Disember ni tau, nanti Ummi dan Waliq tunggu kita tau, kita rinnnndu sangat nak jumpa Ummi, Waliq, adik-adik dan sanak saudara”, ujur diriku di corong telefon.
“Ye ke nak Ummi tunggu? Kan awak dah ada someone istimewa”, usik Ummi sambil tergelak manja.
“InsyAllah, Ummi dan Waliq akan sambut kepulangan awak, tapi kalau Ummi tak datang pun, awak janganlah bersedih hati”, sambung ummi dengan nada bergurau.
“Ummi..”
“Ish ish ish.. Anak Ummi sorang ni, manja betul. Awak tu dah besar. Kena berdikari. Awak ada tanggungjawab pada keluarga tau, jadi awak tak boleh nak bergantung dengan Ummi selalu”, tegas Ummi.
“Kita tahu tu Ummi. Ummi macam tak sudi je nak jemput kita”, balas aku yang kononnya merajuk.
Tikkkkkkkkkkkkk. Tiba-tiba panggilan terputus. Inilah situasi biasa yang aku alami, maklumlah perlu merentasi benua untuk berhubung.

Aku menghitung hari untuk pulang ke Malaysia setelah dua tahun menyambung pelajaran, menimba pengalaman di bumi asing. Pastinya perasaan gembira dan sedih bercampur baur dek meninggalkan bumi Australia ini.

Banyak kenangan manis dan pahit yang terpahat disini. Banyak pengalaman yang aku selami disini.

Hari yang ditunggu telah tiba. Alhamdulillah, akhirnya aku sampai di tanah air tercinta. Aku mencari dan terus mencari, namun tiada siapa yang ku kenali.

“Ummi dan Waliq tak ingat ke”, detik hati kecil ini.
 “Ataupun mereka nak buat ‘surprised’”, aku memujuk hati.
Tiba-tiba teringat kata-kata Ummi supaya aku berdikari. Aku membuat keputusan untuk menaiki teksi.
“Mardhiah Sakinah”, terdengar orang memanggil namaku. Aku menoleh ke belakang, ku lihat seorang lelaki.
“Ye saya. Siapa awak dan kenapa awak di sini”, tegur ku tegas.

“Furqan Firdaus, saya datang menjemput awak”, jawabnya.
Terbeliak biji mata aku memandangnya. Furqan Firdaus, nama yang sering keluar dari mulut Ummi.

Thursday 5 April 2012

BuaTmu...... ^^ ♥

bismillahirrahmanirrahim.. ^_^
assalamualaikum sume... ahlan wa sahlan ya marhabanbikom..
ari nie..i want 2 share with u about this story..so romantic.. ^~v he3..


Saya sayang awak. Sungguh, saya tak tipu.” Lia membalas, “Ok. Saya pun sayangkan awak. Cinta awak. Mulai hari ini, kita dah jadi pasangan tau.” Aku membalasnya dengan kata-kata yang sama. Aku ketawa gembira dalam hatiku.
Haha..senang saja nak ‘tackle’ budak perempuan si Lia ni..cepat cairlah katakan....lepas ni giliran si Fiona pula..tunggulah kedatanganku di Café nanti..kau pula jadi mangsa ‘couple’ aku..


“Awak, kita ‘couple’ nak tak? Kita dah lama kawan kan..apa salahnya kalau kita maju ke depan lagi.” Fiona senyum sambil berkata, “Lama saya tunggu awak cakap macam ini tau. Hehe. Saya terima awak. Tapi, ‘girlfriend’ awak tak marah ke?” Hatiku tergelak besar. “Haha. Saya mana ada ‘girlfriend’, semua tu kawan saja. Mereka saja yang anggap saya ni‘boyfriend’ mereka. Saya sayang awak seorang saja. Percayalah.” Fiona gembira mendengar pengucapan dusta dari bibirku, “Terima kasih Sayang. Saya pun sayang awak seorang saja.I love you.” “I love you too.” Balasku sambil hatiku tergelak besar..

Salam Ukhwahfillah abada abada.. insyaAllah ^_^

bismillah...
assalamualaikum warahmatullah...
alhamdulillah.. akhirnya!!siap gak blog ana nie..
impian nk mempunyai blog sndiri akhirnya t'capai! alhamdulillah ^_^
alhamdulillah..alhamdulillah....alhamdulillah! 
bagi ana,blog nie sngat mntarbiyahkn diri,agar lebih b'sabar..
alhamdulillah..tarbiyah Allah b'ada d mana2..

Wednesday 4 April 2012

Sungguh!! aku pndaKwah yg BISU.. :'(


Bismillahirrahmanirrahim

Aku sering melihat di sekeliling ku berbagai ragam saudara Islamku yang bercanggah dengan perundangan Maha Pencipta. Ada yang rancak bercinta, ada yang bersuka ria di tempat-tempat tidak elok, ada yang kurang sopan pakaiannya hingga tak terbeza siapa muslim dan siapa bukan. Ada yang di malam hari leka gembira di celah sorakan perlawanan bola sepak, ada yang lewat senja asyik melayan filem-filem barat mahupun tenggelam dalam lagu mereka.

Ada yang dengan tiada rasa bersalahnya tidak bersolat. Dari subuh ke isyak, sekali pun tak memijak sejadah. Ada yang tak malu langsung menjamah makanan di bulan ramadhan. Quran langsung tak disentuh, jadi buku asing, jauh benar-benar jauh. Ada pula yang meneguk air haram di kalangan teman. Mereka seolah bangga melakukan kemungkaran.

Dan aku? Oh, aku lain pula ceritanya. Aku yakin dan bangga menggelar diriku daie. Aku bernafas dengan kefahaman bahawa aku wajib menyeru manusia kepada Deen yang satu, yaitu Islam. Aku mengenakan lencana Daie di dadaku dan keluar rumah setiap hari mendakwa diri adalah Sang Penyeru itu.

Malangnya akulah Sang Penyeru yang bisu. Mulutku diam terkunci. Entah bagaimana aku boleh yakin yang akulah daie – akulah penyeru.