LUAHAN HATI SEORANG SUAMI yang saya terserempak kat Facebook...yang membuatkan saya secara tiba2 mahu menangis..
ISTERI YANG TERBAIK....
SETIAP SUAMI MESTI BACA !!!!!!!!!!!!
**********************************************************************************
Assalamualaikum….
Kehadapan
ustaz yg saya hormati…saya tidak tahu..di mana ingin saya mulakan
bicara ini… tetapi saya mesti menceritakn kisah ini pada ustaz supaya
hati saya tenang dan mungkin dapat meredakan rasa berdosa saya selama
ini…ustaz mungkin tidak kenal saya namun saya mengenali ustaz..tak
mengapalah kalau ustaz tak kenal saya pun….
Ustaz saya
merupakan seorang lelaki yang mempunyai memori kehidupan lampau yg cukup
menyedihkan.harap ustaz tidak bosan mendengarnya..
Saya
merupakan seorang suami kepada seorang isteri yg amat baik dan
setia.namun ustaz..,saya tidak pernah menghargai kasih dan sayangnya
yang dicurahkan kepada saya kerana pada waktu itu mata hati saya terlalu
buta untuk membezakan yang mana kaca dan permata.
Ustaz
saya telah berkahwin dengan seorang wanita yang pada asalnya tidak saya
cintai.dia seorang yang sederhana pada segi paras rupanya.,seorang yang
tidak pandai bergaya.,tetapi kuat pegangan agamanya..,bertudung
labuh,bersopan santun..,baik budi bahasanya.,Untuk pengetahuan ustaz
perkahwinan kami ini segala-galanya diaturkan oleh keluarga dalam
keadaan saya masih belum bersedia.
Ustaz terus terang saya
katakan yang saya sudahpun mempunyai teman wanita yg jauh lebih cantik
daripada isteri saya dan kami amat menyintai antara satu sama
lain..cumanya saya akui teman wanita saya ini agak sosial sedikit dan
tidak menutup aurat.Ustaz, selepas berkahwin dengan isteri saya itu jiwa
saya menjadi kacau dan keliru.saya amat marah kepada isteri saya.kerana
pada anggapan saya kerana dialah saya tidak dapat bersama kekasih saya
yg amat saya cintai itu.
Ustaz sepanjang kehidupan
kami.,saya selalu sahaja mencari jalan untuk menyakitkan hatinya.dengan
harapan kami akan bercerai setelah dia tak tahan dengan kerenah
saya.,namun rupanya ustaz…isteri saya ini adalah wanita yang
penyabar.pernah saya tidak balik ke rumah..dengan tujuan isteri saya
akan membenci saya.tetapi selama mana lambat sekalipun saya balik.,dia
akan tunggu saya dan bila saya masuk ke dalam rumah.dia menyambutnya
dengan mesra dan bertanya:“Abang dah makan…? Nak saya panaskan lauk dan
hidangkan makanan?”
Ustaz…pernah suatu hari saya menampar
mukanya.apabila dia bertanya pada saya…”Abang dah solat?...abang tak
pernah solat ke? Paannggg..!!satu tamparan kuat saya berikan di
pipinya.perasaan geram.,marah., dan rasa terhina bercampur ego yg
menggila…Bengkak pipinya., dia menangis terisak-isak.saya ingatkan
mungkin dia akan membenci saya..tetapi rupa-rupanya…..dia bersabar dan
melayan saya sebagai suaminya.
Ustaz pernah suatu
hari.,dia ingin bermanja dengan saya,membawa sepinggan nasi goreng yang
digoreng untuk saya.pada masa itu saya sedang berbual mesra dengan
kekasih saya di dalam handphone..ketika dia ingin menyuapkan nasi
kemulut saya,saya tolak pinggan sehingga jatuh berkecai bersama nasi
goreng yang digoreng khas untuk saya., dengan linangan air mata dia
mengutip setiap butiran nasi goreng yang berhamburan ke lantai…
Ustaz
saya bertambah lupa daratan…saya habiskan masa berhibur dan berlibur
dengan kawan-kawan di luar dengan harapan isteri saya akan lebih sakit
hati dan meninggalkan saya rupanya dia tetap tabah dan bersabar..pernah
juga saya menendang badannya kerana dia menasihati saya supaya tidak
mencari hiburan dengan jalan yang dimurkai Allah.
Ustaz….pernah
suatu ketika apabila keluarganya datang bertanyakan khabar dia kata dia
amat bahagia bersama saya…tapi sebenarnya hanya saya yang tahu dia
berbohong.
Ustaz suatu hari saya telah diberikan balasan
oleh Allah.dan saya kira itu adalah balasan apabila saya terlibat dengan
kemalangan…tulang paha saya patah dan dan sememangnya saya tidak
berdaya utk bangun.hampir lima bulan saya terbaring tidak
berdaya..,ketika itulah isteri saya menjaga saya dengan setia
sekali.berak kencing saya dia tadahkan dia basuhkan tanpa ada rungutan
atau perasaan genyi mahupun geli.
Dialah yang memandikan
saya…menggosok badan saya dan memakaikan pakaian utk saya..bila saya
mengerang sakit kerana kaki yang bengkak di tengah malam
berdenyut-denyut sakitnya dialah yang bangun dalam keadaan mengantuk dan
terhoyong hayang kerana tidak cukup tidur..dia datang kepada saya dan
menyapukan ubat krim dan memberi saya ubat penahan sakit sehingga saya
rasa lega dan tertidur..tetapi isteri saya tidak tidur hingga ke pagi..,
risau saya mengerang kesakitan lagi.
Ustaz isteri sayalah
yang menyuapkan saya makan., dia sendiri tidak akan makan melainkan
setelah saya kenyang.dia akan membuatkan makanan dan minuman mengikut
kehendak dan selera saya. Bila saya kenangkan kembali.,sewaktu saya
terlantar sakit tiada siapa pun dari teman-teman yang setia berjoli
dengan saya dahulu datang menghulurkan bantuan apatah lagi
melawat.kekasih saya..lagi lah..apabila dapat tahu saya kemalangan dan
tidak boleh bangun dia tidak mahu lagi menghubungi saya malah meminta
hubungan kami diputuskan..kononnya saya suami orang..huhu..
Sekarang
baru dia kata saya suami orang.dulu.,dialah yang menghasut dan
memberikan harapan pada saya untuk membenci isteri saya..ketika itu
barulah saya sedar betapa besarnya kesilapan dan dosa yang telah saya
lakukan.Ustaz…..saya…kasar..kejam dan zalim kepada isteri yg menyayangi
saya.besarnya dosa saya.,amat menyesal rasanya.
Ustaz….ketika
saya boleh berjalan sedikit demi sedikit dan saya beransur
pulih.,isteri saya jatuh sakit.badannya menjadi kurus kering.,tiada
selera makan..,terbaring..tak bermaya..kata doktor yang merawatnya
isteri saya jadi begitu kerana terlalu letih dan susah hati….hati saya
menjadi sebak kerana saya tahu sayalah puncanya.
Ustaz
kesihatan isteri saya makin teruk..mukanya makin pucat…tetapi dia tetap
senyum.saya menangis sepuas-puasnya memohon ampun dan maaf di atas
kejahatan yg pernah saya lakukan terhadapnya.dia hanya tenang dan
menjawab dia telah lama maafkan saya….”Abang saya dah lama maafkan
abang…saya sayangkan abang”.berderai airmata saya hancur hati saya.,pilu
bercampur sebak yang amat sangat diikuti dengan perasaan menyesal.
Ustaz
selepas itu isteri saya di masukkan ke dalam wad kecemasan.,saya
menjaganya setiap hari.saya belai rambutnya saya kucup dahinya…sambil
airmata ini tidak berhenti—henti mengalir.
”Jangan
menangis bang….bukan salah abang…..mungkin saya ni yang tidak pandai
mengambil hati abang…” Berdentum….seolah-olah hati saya disambar
halilintar…saya menangis lagi sehingga keluarga yang datang melawat
terpaksa menenangkan saya..malah ada yang memuji saya kerana beranggapan
saya suami yang amat menyayangi isteri…ternyata pujian itu bagaikan
sumpahan utk saya.
Ustaz…..isteri saya ada berkata.,dia
meminta maaf kerana tidak dapat melahirkan zuriat untuk saya kerana
masanya utk menghadap ilahi semakin hampir.saya meraung..merayu
kepadanya agar tidak meninggalkan saya.tapi katanya.,setiap yang hidup
pasti akan mati dan dia meminta saya menjaga diri baik-baik kerana dia
tidak boleh lagi menjaga saya.ustaz..saya menangis …sehingga saya
menjadi lemah apabila dia mengucapkan kata kata terakhir itu.
Ustaz…tepat
jam 3.00 ptg setelah dua minggu berada di hospital…isteri saya telah
pergi meninggalkan saya selama-lamanya..dengan bebanan dosa dan jutaan
kesalan yang menerjah hati ini saya meraung semahu-mahunya….menyesal di
atas kekasaran yg pernah saya lakukan.
Ustaz jiwa saya tak
tenteram…apakah Allah akan mengampunkan dosa saya ini...? apakah
kekasaran dan kejahatan serta layanan buruk saya kepada isteri akan
diampunkan Allah….tolonglah ustaz saya amat menderita…..jiwa saya
terseksa…..
Mungkin ini hukuman yang patut saya terima.Masih terngiang di telinga saya pesanan akhir isteri saya..
”abang…jagalah
diri baik-baik….jangan lupa tunaikan solat..,berbuat baik..,takutlah
kepada Allah….dan jika bertemu dengan insan bernama isteri….jangan
berkasar dengannya sayangilah dirinya.”
Ustaz
sebelum isteri saya menghembuskan nafas terakhir…dia ada meninggalkan
satu nota dan sebuah lagu untuk saya dengar dan hayati.lagu itu adalah
harapan yang dia impikan dari saya tetapi tidak sempat dia
nikmati..kasih sayang yang terkandung dalam lagu itu dia harapkan dari
saya….
Di dalam nota itu dia menulis “Abang..dengarlah
lagu ini dan ingatlah saya selalu…Dahulu...saya senantiasa menanti abang
pulang ke rumah…Saya teringin sangat nak makan bersama
abang…..mendengar cerita abang….menyambut abang pulang dari
kerja….bergurau dan bermanja dengan abang…..memeluk abang ketika
tidur…..tetapi semuanya mungkin tidak sempat bagi saya…jaga diri…sayang
abang….selamanya."
Ustaz..saya harap ustaz tak marah saya
meluahkan perasaan begini panjang pada ustaz….kerana inilah pesan isteri
saya sekiranya saya merasa terlalu sedih…ceritakanlah pada ustaz dia
tahulah apa nak buat utk tenangkan abang…
Ustaz….saya
harap cerita saya ini dijadikan teladan bagi mereka yg bergelar
suami….sayangilah isteri anda….selama mana anda berpeluang utk berbuat
begitu…janganlah terjerumus dengan kesilapan yg saya lakukan…pasti anda
akan menyesal tak sudah….
Terima kasih ustaz….doakan saya…….
**********************************************************************************
Sedih
dan sebak bila baca luahan perasaan hamba Allah ini….memang saya banyak
beri ceramah motivasi dan mendengar banyak masalah masyarakat yg
dihantar pada saya dan inilah yang paling sedih.yg pernah saya baca…
tambahan pula lagu yg telah ditujukan isterinya itu bila dengar
bertambah sebak…..dengarkanlah senikatanya…….tapi tak boleh upload lagu
tu dibawah copyright..
P/s dr saya:
kita cuma akan menghargai sesuatu bila kita dah kehilangannya..hargailah ia sementara masih ada....
Semoga
roh isterinya ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman, sungguh
berbahagia penduduk langit menyambut kehadiran isteri solehah
sepertinya..Semoga si suami itu mendapat ketenangan sakinah yang ia cari
selepas ini..amiin ya Rabbi.. :)
AMBIL IKTIBAR, SAYANGI ISTERI2 ANDA..
-ustaz nasir-